Pergi ke kedai membeli cili,
Cili dibeli dikedai Pak Anjang,
Apakah nama binatang ini,
Telinga lebar hidung panjang.
Pergi ke kedai membeli cili,
cili dibeli berkati-kati,
Apakah nama binatang ini,
mempunyai taji pada kaki.
Pergi kekedai berjalan kaki,
Berjalan kaki penat sekali,
Apakah nama binatang ini,
Badanya penuh dengan duri.
Sumber : http://selokamelayu.blogspot.com/2008/06/pantun-teka-teki.html
Tahun: 3
HSP : 5.2 Aras
2
Membaca lancar teks bahan sastera dengan sebutan,
intonasi dan gaya penyampaian yang betul.
Papan
Cerita :
1.
Murid diminta membaca teks Pantun Teka-teki
Binantang tersebut.
2.
Guru meminta beberapa orang murid membaca Pantun
Teka-Teki dengan sebutan, intonasi dan gaya penyampaian yang betul.
3.
Seterusnya, murid diminta berbincang dalam 3 kumpulan
kecil untuk mencari jawapan kepada teka-teki tersebut. Setiap kumpulan akan
menjawab sebuah teka-teki.
4.
Kumpulan akan diminta memberikan jawapan teka-teki
sambil menunjukkan gaya binatang yang telah mereka peroleh.
0 komen:
Catat Ulasan